Wednesday, October 23, 2013

10 Golongan Yang Solatnya Tiada Diterima



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

43. Dan laksanakanlah solat, tunaikanlah zakat, dan rukuklah beserta orang yang rukuk.

al-Baqarah

Didalam beberapa kitab, ada disebutkan bahawa solat adalah amalan yang paling disukai Nabi Muhammad S.A.W.

Namun, 
beringatlah ada

10 golongan yang tiada diterima solatnya:

1. Orang yang tiada berjamaah.
Dimaksudkan adalah orang yang mendengar azan tetapi tidak datang berjamaah. Dan yang dimaksudkan mendengar azan adalah mendengar azan dari suara bilal sendiri tanpa pembesar suara. Jadi mereka mereka yang rumahnya bersebelahan dengan surau/masjid (dapat mendengar suara bilal tanpa pembesar suara).

2. Orang yang tidak mengeluarkan zakat.
Di dalam al-Quran banyak disebut "Dirikan solat dan tunaikan zakat". Bermaksud tiada diterima solat orang yang tidak berzakat atau zakat orang yang tidak bersolat.

3. Orang yang berzina.
Diceritakan orang yang berzina ini ibarat orang yang telah tertanggal imannya. Maka orang yang tidak beriman, maka solatnya tidak diterima.

4. Orang yang mengamal riba'.
Orang yang mengamalkan riba' dosanya adalah seperti dosa membunuh Nabi. Maka tiada iman dan tidak diterima solatnya.

5. Orang yang mencuri/merompak.
Tergantung solat orang yang mencuri itu sehingga dia bertaubat dan memulangkan barang yang dicurinya.

6. Orang yang memakan benda haram (mutlak).
Haram mutlak adalah seperti arak, khinzir, harimau dan lain lain binantang yang haram dimakan. Setitik arak, 40 hari Allah tidak menerima amalannya. 

7. Orang yang memakan dan meminum perkara yang haram.
Dimaksudkan disini adalah memakan, meminum, atau menggunakan sesuatu yang halal tetapi menjadi haram kerana bukan milik. Contohnya adalah orang yang makan rambutan jiran tanpa izin.

8. Orang yang menjual yang haram.
Menjual yang haram yang dimaksudkan, adalah antaranya seperi orang yang menjual makanan eksotik, katak, biawak untuk orang kafir makan. 

9. Orang yang lari dari tuan.
Antaranya adalah hamba yang lari dari tuannya. Dan ulama'-ulama' berpendapat termasuk dalam golongan ini adalah suami yang lari dari isteri dan anak anak. Iaitu suami yang tidak memberi nafkah kepada isteri dan anak anak

10. Isteri yang masam mukanya.
Yang termasuk dalam golongan ini adalah, isteri yang masam muka, cakap kasar, marah atau ingkar perintah suami. Ingatlah, isteri isteri yang ingkar perintah suami, Allah tidak terima solat mereka.

Kitab Muhimmah

Walaubagaimanapun, hanya Allah SWT sahaja yang layak menilai solat kita, wallahualam..
Sekian.

Tuesday, October 22, 2013

Pelarasan Gaji Baru 1.4 Juta Penjawat Awam 2013/2014 dijangka dikuatkuasakan Disember 2013?

Pelarasan kenaikan gaji baru 2013/2014 kakitangan awam : Jikalau sebelum ini iaitu sekitar bulan Julai 2013 tempoh hari, kalangan kakitangan kerajaan telah pun menikmati & menerima Kenaikan Gaji Tahunan yang baru. Dan berita gembira buat 1.4 juta kakitangan awam tidak akan berhenti setakat ini sahaja. Ini kerana….



Pelarasan Gaji : Gaji Baru Naik Berkuatkuasa Seawal Disember 2013?

Berita ini, baru Berita Semasa perolehi langsung daripada Putrajaya sebentar tadi.
Berdasarkan maklumat yang pihak Berita Semasa terima melalui salah seorang panel yang menjadi wakil bagi pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang telah terlibat secara langsung dalam pelarasan gaji baru kakitangan awam kali ini memaklumkan akan ada berita gembira  sekitar 3 bulan daripada sekarang di mana pengiraan untuk pelarasan gaji baru telah pun dijalankan dan dijangka akan mula dikuatkuasakan sekitar bulan 12 (Disember 2013) ataupun awal tahun 2014. Sama-sama kita nantikan.

Copyright @ 2013 INSANI.